Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dari ALLAH, aku masih mampu bernafas di dunia ini. Hari ni bersamaan 30 November gelap la umur aku yang ke **... Umur adalah rahsia. Wakaka. Dah tua dah aku rupanya. Ingatkan muda lagi. Umur macam aku ni dah boleh kawin dah. Bak kata mak, klu umur macam aku ni mak dah ada 3 orang anak dah.
Kepada kawan-kawan dan family yang wish melalui sms, mahupun di facebook dan twittter, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih. Semoga Allah merahmati korang semua. Buat mak (Puan Mariah Shaari) terima kasih kerana melahitkan dan membesarkan anakmu ini seadanya. Tanpa mak, xkan lahirlah Darinah Daud didunia ni. Terima kasih anakmu ucapkan dan mak akan sentisa berada di hati sampai bila-bila.
Ya ALLAH, kau berkatilah hidupku ini.
Panjangkanlah umurku
Berkatilah hidupku ini agar bersemangat menjalani hidup yang mendatang ini,
Berkatilah keluargaku & murahkanlah rezeki ke atas kami sekeluarga
Jadilah kami golongan yang beriman & bertaqwa.
Jadikanlah diriku ini sentiasa dekat kepada Mu
Amin Amin Amin Ya ALLAH