dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena

kLiK sEmUA kLu AnDA sEOrAnG bLoggEr

Wednesday, November 30, 2011

PerTemUan Aku Dan MeReKa Part 2

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Cerita ini bersangkut paut dengan entry aku tentang "Pertemuan Aku dan mereka Part 1". Tapi kali ni kitaOrang bukan pergi bandar Melaka lagi, tapi sebaliknya kitaOrang pergi mandi-manda di Air terjun Kolam Air Asahan. Wah pasti 5gurls UUM lain cemburu kan bila dengar. (hahahha)... Jangan jeles semua. 

Air terjun kolam air Asahan tak lah jauh dengan rumah aku. Lebih kurang 5km jer. KitaOrang semua p sana dengan menaiki kereta Unser yang dibawa sendiri oleh aku.. Mesti korang xpercaya kan. Tapi ni realitinya bukan temberang semata2. K lah layan jerlah gambar kat bawah ni.. Penat lak nak menaip.


gamBar SeBeLum ManDi- manDa.




KaMilah SeBaHagIan dari 9 Gurls UUM
Erm syok giler a mandi-manda kat Kolam Air Asahan ni. KitaOrang mandi-manda sampai xperasan yang dekat 1 jam setngah a kitaOrang mandi. Kepada sesiapa yang lum pernah pergi sini moh la ke sini. free of charge lak tu. xpayah nak kuar duit masuk tuk mandi manda. Tempatnya pun memang best. 5gurls yang teringin nak mandi-manda di sini meh la datang. Nanti aku bawa korang p sana yer... Kepada Maslin, Maszura dan Izzati terima kasih lagi sekali kerana membuat percutian ni amat bermakna. 



Tuesday, November 29, 2011

PerTemUan Aku Dan MeReKa Part 1

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah....  syukur kepada Allah,  pada 26 November lepas akhirnya berkumpullah aku dengan kawan-kawan Universiti dulu. Akhirnya setelah beberapa bulan xjumpa (selepas konvo), barulah kami jumpa kembali. Walaupun aku xjumpa denga 9gurls UUM, tapi jumpa ngan sebahagian 9gurls UUM cukup bermakna bagi aku. Paling tak terubat rindu aku dengan mereka. Serius, aku memang tak menyangka akan berjumpa dengan Zati, Zana, Maslin dan Maszura. Mana xnyer masing-masing jauh dan sibuk dengan kerja masing-masing.
Maszura ---- even orang Melaka tapi kerja Shah Alam
Izzati       ----- tinggal kat Segamat
 Maslin     ----- orang Negeri Sembilan
    Zuzanah   ------ Orang Melaka tapi berbadan dua.

For the first, thanks erk kerana sudi meluangkan masa dengan melepak di Melaka Bandaraya Bersejarah. Hahaha.. Laen kali, kita melepak lagi yer guysssss                                                                                        


 First-first datang kitaorang dah berposing kat bawah Kota AFamosa. Niat hati nak mendaki kat atas Kota AFamosa tapi takut Puan Zana xlarat.  Almaklum Puan Zana (bakal Ibu) xboleh penat-penat.

Bergambar kenangan dengan meriam yang digunakan oleh Portugis.

Walaupun panas, tapi kitaOrang tetap lberposing... Giler posing la katakan

Kesian bakal Mummy ni kepenatan... 
Pertemuan kitaOrang dengan Puan Zana tak la begitu lama. Yela dye sekarang tengah berbadan dua. Tak boleh penat-penat. Walaubagaimanapun, dapat juga a aku mengubat kerinduan pas jumpa dengan dye. Pesanan tuk Bakal Mummy (Jaga baby kitaOrang baik2 yer)..
Gambar ni diambil sebelum Bakal Mummy balik..
Selepas Puan Zana balik, kami berempat pergi menjahanamkan anak tekak dekat pusat karokae Mahkota Parade (MP). RM18 untuk 1 jam. Banyak gak a lagu yang kami nyanyikan. Lagu DANGDUT of course wajib kami nyanyikan.

Testing SuaRa.. PeRaSan sUaRa MerDu a La PULaK.
Even menyanyi tapi sempat juga la bergambar....
Lepas kitaorang menggila dalam bilik karoake, kitaorang terus p maen bowling.Klu korang nak tau aku dah lama juga a xmaen bowling pas habis U.  Lepas gian juga a bila dapat maen bowling. Sambil2 maen sempat a gak snap2 gambar. 
GamBar CuRi Yg diAmBil SemaSa aKu NGaH MaEn BowLing
FeeLiNg RoMaNtIks Lak akU n ZaTi
Selepas maen bowling banyak a gak tempat2 yang kitaOrang pergi.. Nak tulis Banyak Xlarat a pulak... Aku tunjukkan gambar2 jer lah yang kitaOrang snap.. Jom2 tengok..

WaLaUpun XNaEk BeCa, BerGamBaR Kat beCa puN jadILaH

AkHirNya DaPat JuGa MendaKi Kat KoTa AFaMOSa..
HeBatKan KitaOraNg DaPat masUk KaT DaLam  Ni,,,

LUFFFFFFFFF U GuYsSSSSSS
Perjalanan diteruskan lagi dan lagi dan akhirnya Pantai Klebang menjadi destinasi terakhir kitaOrang. Wah, banyak giler la yang dah berubah kat Pantai Klebang ni.. Tersangat la cantik pemandangannya. 
 KitaORaNg TeNGaH MeMikIrKan BiLaKaH KitaOrang naIk kaWen... 
WaLauPun KePeNaTan, Posing TeTaP PosiNg..
KaKi Pun Nak BerPosIng Gak..

IniLah cenDERaMaTa DarI KITaOrang Tuk 9GuRls..
Bye the way, Izzati, Maslin, Zuzanah dan Maszura thanks untuk 26 November. Korang memang best la. Sayang korang. Untuk 4gurls UUM jangan lak berkecil hati. Aku sayang korang gak. Ada rezeki kita akan berjumpa dengan 9gurls UUM. I Luv U ALL.......

hari ini Hari jadiKu.... (30 NovemBer)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dari ALLAH, aku masih mampu bernafas di dunia ini. Hari ni bersamaan 30 November gelap la umur aku yang ke **... Umur adalah rahsia. Wakaka. Dah tua dah aku rupanya. Ingatkan muda lagi. Umur macam aku ni dah boleh kawin dah. Bak kata mak, klu umur macam aku ni mak dah ada 3 orang anak dah.


Kepada kawan-kawan dan family yang wish melalui sms, mahupun di facebook dan twittter, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih. Semoga Allah merahmati korang semua. Buat mak (Puan Mariah Shaari) terima kasih kerana melahitkan dan membesarkan anakmu ini seadanya. Tanpa mak, xkan  lahirlah Darinah Daud didunia ni. Terima kasih anakmu ucapkan dan mak akan sentisa berada di hati sampai bila-bila. 



Ya ALLAH, kau berkatilah hidupku ini.
Panjangkanlah umurku 
Berkatilah hidupku ini agar bersemangat menjalani hidup yang mendatang ini,
Berkatilah keluargaku & murahkanlah rezeki ke atas kami sekeluarga
Jadilah kami golongan yang beriman & bertaqwa.
Jadikanlah diriku ini sentiasa dekat kepada Mu
Amin Amin Amin Ya ALLAH



Friday, November 25, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. 

 Hari ini bersamaan 29 Zulhijrah 1432H adalah merupakan hari terakhir kita dalam tahun ini dan esok bersamaan 1 Muharam 1433H adalah merupakan bulan pertama dalam tahun Islam. Syukur alhamdulillah atas dengan izin Allah kita diberi peluang dan kesempatan untuk sama-sama meyambut kedatangan awal Muharam 1433H. Dikesempatan ini aku nak ucapkan salam maal hijrah kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kedatangan tahun baru ini, kita dapat memperbaiki amalan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyaallah.

Marilah kita sama-sama membaca doa Akhir tahun dan awal tahun. 

DOA AKHIR  TAHUN


Doa Akhir Tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Magrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
  "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun". 

DOA AWAL TAHUN


doa awal tahun Salam Maal Hijrah 1432H
Doa Awal Tahun dibaca 3x selepas magrib pada malam satu muharrram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Thursday, November 24, 2011

MisI MeLiPat KaD KawIn

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua. 

Memandangkan 17 Disember 2011 ni akak aku nak kawin, so terpaksalah aku merajinkan diri untuk melipat kad kawin dye. Banyak giler kad kawin nak kena lipat. Almaklum 800 kad kawin kena lipat dan masukkan kat dalam sampul. Sambil melipat kad kawin, sambil tu mata ni tertumpu pada cite Full House. Kiranyer 2 dalam satu la...  


2 orang anak buah aku yang berusia 3 dan 2 tahun telah dipaksa untuk menolong aku.... Tapi anak buah aku yang berusia 2 tahun bukan menolong tapi sebaliknya mengacau aku dan merosakkan kad kawin tersebut. Geram dibuatnyer ngan C Rawahah. Tapi anak buah aku yang berusia 3 tahun (Raihah) jer yang tekun tolong aku. Sekali ajar jer dah boleh buat. MemanG PANDAI Raihah ni.. Ni gambar-gambar candid yang aku ambil semasa anak buah aku tengah tekun melipat kad kawin.

:
:
:
:
:

RajinNyer Dye....

Tekun betul C RaiHah LiPat

BuDak Ni Bukan ToLong tapi mengaCau.. hehehhe

Monday, November 21, 2011

kEhEbAtAN hARiMAu MaLaYa


ALHMDULILLAH, EMAS UNTUK MALAYSIA
Alhamdulillah... Syabas kepada Skuad Harimau Muda Malaya yang telah memenangi pingat  EMAS untuk acara bola sepak sukan SEA. Tahniah dan pujian harus diberikan kepada semua pemain yang telah mempamerkan permainan yang baik. Wira-wira dari Malaysia tersangatlah hebat. Gua tabik sama U ALL.. Terima kasih Apex, terima badrol dan terima kasih kepada semua....

Pemain Malaysia berada di dalam bus terpaksa menanti penuh sabar untuk melepasi ribuan penyokong Indonesia menyebabkan bas yang membawa pemain mengalami kelewatan hampir 40 minit untuk tiba di Stadium Gelora Bung Karno bagi aksi Final Bola Sepak Sukan SEA ke-26. Foto: Osman Adnan (21/11/2011)
BAS DINAIKI SKUAD HARIMAU MALAYA DI SERANG... 

 Kepada penyokong Indonesia, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH,TERIMA KASIH kerana menyerang bas yang dinaiki pemain Skuad Harimau Malaya semasa cuba memasuki perkarangan Stadium Gelora Bung Karno.. Ejekan penyokong Indonesia akhirnya memakan diri sendiri apabila Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dengan kemengan penalti 4-3... TAHNIAH MALAYSIA.. AKU BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA.

MALAYSIA (1) - (1) INDONESIA

MALAYSIA MENANG PENALTI 4-3





Thursday, November 17, 2011

GemuRuh SuaRa Team Malysia SOng



Dowload LagU


TahNiah HarIMaU MuDa MaLaya

Segulung tahniah buat Skuad Harimau Muda Malaya atas kejayaan menewaskan pasukan Indonesia sekaligus menjadikan Malaysia sebagai Juara Kumpulan A dan layak ke separuh akhir dalam acara sukan bola sepak Sukan SEA XXVI

 Meskipun sorakan yang kuat dari penyokong tuan rumah, ini sikit pun tidak menurunkan semangat kepada Harimau Muda untuk memberikan persembahan yang mantap sepanjang 90 minit perlawanan. Ini jelas terbukti dengan kemenangan Malaysia 1-0 ke atas pasukan Indonesia. Gol dijaringkan oleh Shahrul Azwari pada minit ke 16.



Secara keseluruhan permainan malam ini adalah permainan yang TERBAIK yang ditonjolkan oleh pemain. Tahniah kepada semua wira Harimau Malaya atas persembahan yang menarik tadi. Bukan mudah untuk brmain dengan pekikan ribuan penykong tuan rumah. ini memerlukan ketahanan mental yang tinggi bukan sahaja kepada Harimau Muda tetapi juga kepada semua atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Sea. Syabas pasukan Harimau Muda dan tunjukan anda pasukan yang digeruni di Asia. Kekalkan persembahan anda pada hari sabtu ni apabila menentang Myanmar (Naib Juara Pasukan B).


AkU bIla LagI

Assalamualaikum,,,
Wah semakin hari, semakin banyak lak aku dapat kad undangan perkahwinan dan pertunangan...
Kadang2 terfikir juga, aku bila lagi?.. Dalam hati memang ada niat nak kawin macam orang lain tapi.....
"slagi aku lum ada kerja yang baik slagi tu aku xleh bercinta".. Tu lah pesanan ayah aku..
Tapi aku tau 2 hanyalah ugutan2 manja seorang ayah saja. Dia sikit pun xmarah bila tau aku dah ada pakwe cuma aku xbebas nak berdating jer lah.. sedey sedey.. Tapi 2 sikit pun xmembebankan bagi aku sebab aku tau apa yang seorg ayah lakukan pasti terbaik untuk anak-anak.. I luv U lah Dad.. Muahmuahmuahh


Ciuman kasih seorang anak

Ehhh aku dah lari dari tajuk asal pula.. Tulah bila citer pasal ayah, memang panjang jadinyer.. Orang sayang ayah la katakan.. heheheeheh.. Tapi sayang-sayang pun, satu hari nanti kena ngar cakap suami gak.. Macam kawan-kawan aku yang bakal2 nak kawin nanti.. 

Bagai pinang dibelah 2 pasangan tunang kita ni
Sebelum cakap panjang lebar aku nak wish "selamat bertunang yer Misz Miszura & Fitry Castello.."Tarikh 13 November menjadi titik nohtah antara mereka. ... Semoga kekal hingga ke alam perkahwinan. maaf sangat2 sebab xdapat datang pada hari berbahagia korang.. jangan lelama pulak bertunang yer.. Kawin jangan lupa jemput. Insyaallah aku akan datang. 


Bakal Pengantin 3Hb Desember ni...

Kawan aku sorang ni lak insyaallah akan melangsungkan perkahwinan pada 3disember 2011 ni.. kad perkahwinan Iqa pun aku dah dapat cuma xpasti aku dapat hadir ke x.. Iqah, klu aku xdatang harap maaf erk.. Al-maklum jauh nun di Terengganu sedangkan aku kat Melaka. By the way aku doakan perkahwinan korang berdua nanti akan berlangsung dengan lancar dan berbahagia ke anak cucu.. huhuuhu awal2 lagi aku dah wish kat korang..

LeGa DaN GemBIranYer...

Assalamualaikum semua...
First skali aku bersyukur sebab dah habis exam Pegawai Antidadah S41...
Ha soalan dye nak kata senang xjuga, nak kata payah pun xjuga.. Sedang2 lah..
Tapi apa2 pun aku dah lepas exam tu.. Sykur Alhamdullih.. 
Kena tunggu result dye la sama ada lulus atau x..
Klu xlulus maknanye lum rezeki aku la, n klu lulus syukur kepada Allah.. 
HaPPy seBab Dah Habis Exam... (apa2 Pun Cuak Nak Tunggu result)


Ok sekarang aku bkn nak citer pasal exam.. 
Tapi sebaliknya aku nak citer pasal aku jumpa kawan aku ni ha..
Jmpa pun scara kebetulan kat Dewan Hotel Abadi masa nak exam Peg. Anti dadah..
Masa mula2 masuk kat dewan tu, aku ngar a gak ada seorg ni memanggil nama aku...
Suara dye mmg cukup aku kenal n bila pandang mmg sah dye kawan aku masa kat U..
 Nak tau sapekah gerangannyer..

...3

...2

...1

Ni la dye si cantik molek...

Sungguh xsangka aku akan jmpa ngan dye ni..
Memang xtau pn yg dye akan duduki exam Peg Antidadah ni.
Lama gak a xjmpa dye..
By the way, aku nak bgtaulah yg dye ni sanggup antar aku balik umah..
Cian dye.. Dah la nak balik Segamat tapi trpaksa antar aku..
kiranyer dye melakukan tugasnya sebagai driver kawan2 smasa di Universiti (hahahahahha jangan marah)
Apa2 pn Zatii, jasamu akan ku kenang.. hehehehhe


Tuesday, November 15, 2011

SaTu HarI LaGi

 


1 hari lagi (17 November) aku akan menduduki exam Pegawai Anti Dadah S41...
Ya ALLah, Xtau aku nak gambarkan perasaan aku ni...


Ketensionan mulalah terserlah kat wajah aku bila nak exam ni..
Mana xnyer, rasa macam xde persiapan rapi dari aku..
Takut, Gerun semua ada..
Takut xdapat nak jawab masa Exam nanti.

Kepala otak dah xleh nak terima ilmu dah ni..
Kepala lak dah start nak sakit ni.. Nak study pun dah xbersemangat..
 
 
 



Ya ALLah permudahkanlah segala urusanku.. berikanlah kejayaan kepadaku, kejayaan di dunia dan diakhirat.. Ya Allah, bantulah aku untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan nanti Ya ALLah..
Permudahkanlah aku Allah.. bantulah aku Ya Allah.. Hanya kepada Mu aku berserah.. Ameen
 

Friday, November 4, 2011

Salam Aidiladha


Sempena dengan Aidiladha yang bakal menjelma esok, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha (Raya Korban) kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan juga dipelusuk dunia.  Tak lupa juga salam aidiladha untuk familyku yang tercinta dan sahabat handai.  Maaf zahir dan batin. Semoga kita semua sentiasa ceria dan menghayati erti pengorbanan yang sebenar. Kepada yang balik ke kampung, Pandulah dengan berhati-hati. semoga sampai ke destinasi dengan selamat Insyaallah.





More Hari Raya AidilAdha Comments