dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena

kLiK sEmUA kLu AnDA sEOrAnG bLoggEr

TENTANG SYARIKAT

4 idea kerja di rumah untuk suri rumah.
Jika anda seorang suri rumah dan mahu menjana pendapatan tambahan dengan hanya bekerja di rumah tanpa meninggalkan tugas anda sebagai suri rumah, anda boleh baca artikel ini sehingga habis. Artikel ini akan membincangkan empat idea yang boleh anda jadikan panduan untuk menjana pendapatan tambahan kepada keluarga anda.

Idea pertama : Memasak.

Anda boleh jual perkhidmatan memasak. Sekarang, ramai pasangan berkahwin bekerja dan mereka tidak ada masa untuk memasak di rumah, anda boleh ambil upah memasak untuk mereka. Ambil pesanan dari mereka dan hantar pada masakan home made anda pada masa yang mereka tetapkan. Selain itu, anda boleh mengambil tempahan kek dan kuih muih untuk majlis tertentu.

Buat duit dengan memasak terlalu luas skopnya. Jangan bazirkan bakat memasak yang anda ada. Semua orang suka makan makanan yang sedap. Jika anda masak sedap, pasti ada pelanggan setia menanti anda.

Idea kedua : Menjahit.
Anda boleh menjual  perkhidmatan menjahit baju kurung, manik pada tudung dan baju serta baju untuk lelaki. Anda tidak perlu mengambil terlalu banyak upah. Cukup sahaja mengambil upah yang mana anda larat atau mampu. Sekarang, semua orang ingin berpakaian dengan pakaian yang cantik – cantik. Jika anda pandai menjahit, sudah pasti anda akan di rebut oleh orang ramai.

Idea ketiga : Menulis.
Menulis memang boleh memberi anda duit tambahan. Anda boleh ambil upah menulis sebagai freelance writer. Anda juga boleh menulis novel, cerita kanak – kanak dan bermacam- macam lagi. Anda tulis secara santai dan tenang.

Idea keempat : Perniagaan internet.
Dari anda membazir masa setiap hari bermain facebook dan berforum, elok juga anda menjana pendapatan melalui internet. Pelajari beberapa teknik cari duit di internet dan lakukannya ia di waktu anda lapang. Perniagaan memang ada risikonya. Jadi, anda mula berniaga dengan perniagaan yang kurang risikonya seperti menjadi freelance dan affiliate.
Keempat – empat idea di atas ini memang telah terbukti berjaya memberi pendapatan tambahan kepada ramai orang. Ketika anda bekerja untuk mencari wang tambahan, anda perlu bersabar dan sentiasa memberi yang terbaik pada setiap kerja yang anda lakukan.
Comments
0 Comments

0 SuRaT CHiNTa: