dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena

kLiK sEmUA kLu AnDA sEOrAnG bLoggEr

Friday, February 6, 2015

7 tip  persediaan awal perkahwinan.

Berikut adalah senarai tip  persediaan awal majlis perkahwinan:

  1.     Adakan perbincangan awal antara kedua – dua pihak iaitu pihak anda dan pihak pasangan anda. Dapatkan tarikh sebenar untuk majlis perkahwinan, tarikh pernikahan dan tarikh – tarikh yang lainnya. Jika anda lelaki, pastikan nilai wang hantaran yang pihak wanita minta adalah tetap dan tidak akan berubah. Jika pihak wanita inginkan wang hantaran di dahulukan, anda tanya tarikh sebenar yang mereka mahu.
  2.     Tulis satu checklist dan anda siapkan semua tugasan berdasarkan checklist tersebut. Biasanya jika anda ada masa setahun untuk majlis perkahwinan, tiga bulan terakhir adalah masa yang paling sibuk untuk anda siapkan semua keperluan untuk majlis perkahwinan. Bagi lelaki selain wang hantaran, anda juga perlu memikirkan wang untuk siapkan majlis perkahwinan anda, baju pengantin, cincin dan banyak lagi. Jadi, bersiap sedialah untuk berjuang.
  3.     Jangan lupa hadiri kursus perkahwinan dan patuhi semua syarat yang di tetapkan untuk bernikah seperti surat bebas penyakit HIV dan sebagainya.
  4.     Sebaik sahaja tarikh perkahwinan di tentukan, anda terus berbincang dengan family anda mengenai majlis perkahwinan anda. Jika keluarga pasangan anda berada jauh dari kampong anda, anda mungkin perlu sewakan homestay untuk ahli keluarga pasangan anda tinggal. Anda perlu pantas bertindak supaya tidak ada masalah di kemudian hari. Yalah, katakan majlis kahwin anda berlangsung pada musim cuti sekolah di mana banyak majlis kahwin akan berlaku serentak, anda akan kalut apabila khemah yang anda ingin tempah, homestay yang anda ingin tempah, set pelamin yang anda ingin tempah semuanya telah di tempah orang lain. Jadi, siap sedia dari awal lebih bagus.
  5.     Sentiasa berbincang dengan pasangan anda untuk tentukan tema warna dan hiasan untuk majlis perkahwinan nanti. Adalah penting untuk anda bincangkan tema majlis perkahwinan supaya anda berdua tahu dengan jelas untuk tempah baju pengantin yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda.
  6.     Kenal pasti tok kadi dan daftar nama untuk pernikahan .
  7.     Tentukan acara majlis daripada pernikahan, persandingan, bertandang dan sebagainya. Pendek kata, anda senaraikan  untuk keseluruhan majlis perkahwinan dengan pasangan anda.

Comments
0 Comments

0 SuRaT CHiNTa: