dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena

kLiK sEmUA kLu AnDA sEOrAnG bLoggEr

Wednesday, December 4, 2013

Harga Runtuh OMEGA GUARD Shaklee

Assalamualaikum..





Alhamdulillah bulan Desember ini promo OMEGA GUARD... Salah satu supplement yang sgt penting. Memang rugi klu ada tak grab masa promo ni.Klu nak tau harga runcit Omega Guard SHAKLEE RM136.00 WM, RM140 EM tapi masa PROMO ni harga Omega Guard RM***.. Jom baca sedikit info Omega Guard :)

Siapa yang perlukn omega guard ni??
(1) Ibu hamil- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi- Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik
(2) Ibu menyusu- Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan
(3) Kanak-kanak- Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak- Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema- Memperkuatkan sistem imunisasi badan
(4) Mereka yang mengalami masalah berat badan- Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang
(5) Sering alami masalah kesihatan- Batuk berkahak, selesema yang berterusan- Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi- Sakit stroke


Sempena promo Omega Guard BUY 6 FREE 1, anda akan dapat :
✔ Free membership yang bernilai RM75 untuk seumur hidup dan layak untuk join group rahsia saya
✔ Free 1 botol Omega Guard yang bernilai RM136.
✔ cash rebate RM30+
✔ Free postage * Semenanjung Malaysia.

Sangat-sangat rugi lepaskan harga runtuh bulan ni,,, Anda boleh belikan untuk emak dan ayah, emak mertua, ayah mertua, untuk anak-anak dan kegunaan sendiri. Kalau anda nak beli 1 atau 2 pun boleh. Meh pm saya atau whatsapp saya untuk harga yang luar biasa

Miszz DarIena
987862
017-3001534
Shaklee Independent Distributor

Sunday, August 25, 2013

Perbezaan Ubat & Supplement (Vitamin)

Assalamualaikum...


✿✿✿UBAT✿✿✿
1.  Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya. 

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam. 

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system. 

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda. 

                                                   ✿✿✿SUPPLEMENT (VITAMIN)✿✿✿

1.    Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ. 

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim. 

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan. 

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik. 

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan. 

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino. 

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan. 

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan. 

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi. 

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.




✿✿✿KONKLUSI✿✿✿
♥♥ Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

♥♥ Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

♥♥mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....


♥♥ Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

Thursday, June 6, 2013

Warkah Buat Calon Imamku

Assalamualaikum w.b.t

Wahai calon suamiku... 
Tangan ini mula merungkap kata-kata yang tidak dapat kuluahkan sebelum ini.
Entah di mana dirimu sekarang
sedang aku menantimu disini untuk melengkapkan semula sebahagian dirimu yang hilang...

Calon suamiku..
Maafkan andai diriku tidak secantik Balqis
Tidak sesetia Saidatina Aishah...
Tidak cukup solehahku seteguh Rabiautul Adawiyah...

Wahai calon suamiku..
Jika kecantikan yang engkau cari,
hanya kehampaan yang dapat kuberi...
sungguh..
Bukan harta ataupun rupa menjadi ukuran..
Biarlah agama yang menjadi tali ikatan antara kita..

Wahai calon suamiku..
Aku sedang mempersiapkan diriku
agar menjadi suri hatimu yang solehah

Namun calon suamiku..
Aku berharap agar engkau bersedia menerimaku dan membimbingku..
kerana engkau tahu "akal wanita senipis bilahan rambut". 
dan aku berharap engkau akan sentiasa di sisi menemaniku dan memperkukuhkan imanku..
Kerana aku takut,
sekiranya hatiku ini penuh dengan dosa,
lalu aku dicampakkan ke neraka kelak atas khilafku,
dan meninggalkanmu seorang diri di syurga yang abadi..


Wahai calon suamiku,
bimbinglah aku agar aku dapat menemanimu..
dan menjadi satu-satunya bidadari yang mendampingimu di akhirat sana

Calon suamiku yang dirahmati,
tika pertemuan kita yang pertama nanti
moga engkau bersedia menerima hakikat..
bahawa akulah tulang rusukmu yang hilang
moga engkau bersedia menerimaku sebagai amanahmu,
yang tuhan ciptakan khas untukmu para kaum Adam


Seandainya namaku telah tertulis di Luh Mahfuz untuk dirimu..
aku berharap engkau menjemputku sebagai mujahid setia..
Yang utuh imannya..
kerana aku memerlukanmu untuk membentukku kelak
agar aku menjadi permaisuri hatimu yang solehah..
yang mampu membanggakanmu kerana memiliki diriku suatu hari nanti.

Wahai bakal teman hidupku..
dalam solatku,
saban hari saku sampaikan doaku untukmu
agar nafsumu dipelihara Allah..
supaya, engkau tidak menyentuh yang haram bagimu,
agar engkau tidak mencurahkan rasa kasihmu kepada wanita lain, selain aku dihatimu

Namun, 
jila engkau mencintai Allah dan Rasullah melebihi diriku,
aku relakan dengan sepenuh hati..
kerana, itulah yang aku harapkan daripadamu..
Mencintai pencipta, yang telah melakar namaku dan namamu di Luh MahfuzNya,
sehingga kita disatukan dengan ikatan yang sah

Doaku, semoga Allah melindungimu dan memudahkan jalanmu
untuk menjemputku sebagai bidadarimu,
kerana aku bersedia menyambut kehadiranmu sebagai penyeri hidupku..
semoga aku mampu persembahkan diriku
sebagai wanita solehah dimatamu
meski aku tahu, aku bukanlah hambaMu yang terbaik
tetapai.. biarlah aku menjadi satu-satunya permata yang terbaik di sisimu..
menjadi permata yang engkau cari selama ini...

Calon suamiku,
aku sudahi dulu warkah ini..
semoga hidup kita diberkati Allah

Salam Sayang dari :-
BAKAL ISTERIMU 









Wednesday, May 15, 2013

Ketika Si Dia Pergi Darimu



Ketika dia pergi jangan engkau tangisi
Ketika dia pergi jangan engkau sesali
Jikalau pun dia pergi jangan rendahkan harga diri
Ketika si dia pergi jangan harapkan kembali
Juga jangan emosi
jangan pernah sakit hati


KERANA

Dia pergi untuk diganti
Dia pergi ada yang lebih baik lagi
Dia pergi untuk menguatkan hati
Dia pergi membuatkan kita bangkit lagi
Dia pergi hanya untuk menguji diri
Dia pergi mengangkat darjat kita pada Illahi Rabbi
Dia pergi bukan Akhir segalanya

Yakinlah suatu hari Allah memberi ganti dia yang pergi 
Ambil Hikmah dari kepergiannya ..

Terimalah yang akan datang dengan tangan terbuka dan hati berlapang dada kerana
Kebahagiaan itu bukan dengan siapa kita menjalani hidup
TAPI
bagaimana kita menjalani hidup meskipun tanpa sidia.

p/s : pesanan untuk diriku 

Our Final Destination!



Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi.
Saat kegelapan menghentak ketakutan.
Saat tubuh menggigil gemetaran.
Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong.

Ya, tak akan pernah ada seorangpun yang mampu menolong kita.
Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat selama hidup di dunia.

Astaghfirullahal 'Adzim..
Ampunilah kami Ya Allah..
Kami hanyalah hamba-Mu yang berlumur dosa dan maksiat..
Sangat hina diri kami ini di hadapan-Mu..
Tidak pantas rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirah-Mu..
Sementara kami selalu melanggar larangan-Mu..

Ya Allah...
Izinkan kami untuk senantiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmat-Mu..
Tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahaya-Mu..
Tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus.
Agar kami tidak sesat dan tersesatkan...

Amin Ya Rabbal 'Alamin.



Kredit to : Page Betapa Kecilnya Kita Dihadapanmu Ya Allah

Bicara Hati Dan Akal

Assalamualaikum...


Hati : Aku mahukan dia ...!!!

Akal : Tak boleh lah ...

Hati : Kenapa ?!!!

Akal : Dia bukan milik kau ...

Hati : Aku tak peduli .. Aku mahukan dia juga ..!!!

Akal : Kenapa kau mahukan dia sangat ?

Hati : Sebab aku sukakan dan sayangkan dia ...!!!

Akal : Tapi bukankah dia milik orang lain ...?

Hati : hmm ~ dia milik siapa ..?

Akal : Dia milik kedua orang tuanya ...

Hati : Jadi apa yang perlu aku lakukan ?

Akal : Pergilah kau berjumpa dengan kedua orang tuanya...

Hati : Apa yang perlu aku katakan ?

Akal : Minta izin sama kedua orang tuanya ... Katakan yang kau mahu memiliki dia dengan cara yang sah ...

Hati : Bagaimanakah caranya itu ?

Akal : Menikahilah dia dengan cara yang halal ...

Hati : Andai kata dia ataupun orang tuanya tak terima aku?

Akal : Wahai hati .. sekiranya ALLAH berkehendak untuk menyatukan dua hati , ALLAH akan menggerakkan kedua-duanya sekali .. ALLAH tidak akan menggerakkan hanya salah satu sahaja ..

Wahai hati .. sekiranya ALLAH telah menetapkan dia adalah jodoh kau , ALLAH akan permudahkan jalan bagi kau menikahinya ..

Wahai hati .. sekiranya kau sayangkan dia , kau pasti akan menjauhkan dirinya dari neraka ALLAH ..

Jagalah iman , amal dan akhlakmu .. Jauhkanlah diri kau dan dirinya dari dosa dan larangan ALLAH ..
Itulah yang dinamakan suka , sayang dan cinta yang sebenar-benar kerana ALLAH ..

Hati : Wahai akal .. sesungguhnya engkaulah anugerah yang terbaik dari ALLAH buat hamba-hambanya ..

Wednesday, March 13, 2013

Selamat Hari Lahir Ayah!

Assalamualaikum..


Alhamdullilah, Terima kasih Ya Allah sebab memberi nikmat umur setahun lagi kepada ayahku. Hari ini 14 March 2013 adalah hari jadi ayah. Hari jadi ayah yang ke 52 tahun. Dah makin menganjak dah usia ayah aku. Apa2 pun, ayang doakan ayah sentiasa berada di bawah limpahan rahmatNya dan sentiasa diberikan kebahagian di dunia dan akhirat. Malah ayang doakan agar ayah diberikan kesihatan yang baik. Semoga ayah sentiasa ceria disamping kami anak-anak dan isterimu.

Ayah, terima kasih atas segala-gala yang telah ayah curahkan kepada kami sekeluarga. Susah payah ayah membesarkan kami 7 adik beradik. Ayah bagaikan kawan sejati kepada kami 7D dan sanggup mendengar segala keluh kesah anak-anakmu. Jasamu kepada kami tiada tolak tandingannya. Tiada apa yang kami harapkan selain daripada ayah berbahagia sentiasa bersama emak tersayang. 

Ayah…
Terima kasih ayah…
Terima kasih kerana sayang pada anak mu ini,
Terima kasih kerana telah menjaga anak mu ini,
Terima kasih kerana tabah menahan karenah anak mu ini,
Terima kasih kerana memenuhi segala permintaan anak mu ini,
Walaupun di saat itu,
Ayah terpaksa mencari duit untuk memenuhi permintaan anak mu ini…


Ayah…
Kasih sayang mu tidak terkira,
Terlalu banyak pengorbanan untuk diri ini,
Terlalu banyak masa telah ayah beri untuk diri ini,
Terlalu banyak perhatian telah ayah beri,
Terlalu banyak ilmu dan pengajaran ayah beri…
Terima kasih ayah,
Terima kasih untuk semua tu…
Anak mu ini berjanji..
Suatu hari nanti…
Anak mu ini akan membalas balik jasa dan pengorbanan ayah..
Anak mu ini akan membawa  kejayaan untuk mu ayah,
Anak mu ini akan memberi kebanggaan untuk mu ayah…
Anak mu ini akan sentiasa ingat nama mu ayah..
Anak mu ini akan sentiasa ingat wajah mu ayah…
Terima kasih lagi sekali ayah…
Hanya terima kasih dan kejayaan saja yang anak mu ini mampu beri……….
Terima kasih ayah… 



Kami anak-anakmu (7D) sayang ayah sangat-sangat....

Friday, March 1, 2013

Akhirnya Aneng Tinggalkan Aku

Assalamualaikum.....

Hari ini 1 March 2013 tarikh yang tak akan aku lupakan dalam ingatan. Akhirnya kucing yang comel, penyejuk mata kami sekeluarga meninggalkan aku selamanya. Kucing yang mati ini bernama si kuning tapi panggilan manjanya si Aneng. Kucing aku mati sebab dye xlepas nak beranak. Dah 4 hari kucing aku sakit, tapi disebabkan kesibukan aku meyebabkan aku xsempat nak bagi si Aneng ke klinik. Perasaan serba salah n menyesal terbit kat dalam diri aku. Kalau aku bawa dye p klinik awal2 smua nie xkan terjadi kan. Aku baru sempat bawa Aneng ke klinik pagi semalam, Tapi tu pun doktor xoperate Si Aneng, hanya just bagi ubat jer.. Aku baru rancang nak bawa si Aneng p klinik swasta tapi apakan daya niat aku xsempat untuk ditunaikan. Aku bukan nak salahkan takdir atas kematian Aneng, cuma aku rasakan aku penyebab kepada kematian Aneng..

Terbayang-bayang air mata Aneng saat aku urut perut dye. Serius, sayu hati aku melihat air mata dye kuar. Dari awal smua punca dari aku. Klu aku xlanggar dye masa kecik, peranakan Aneng xkan kan rosak. N Aneng mesti boleh beranak macam kucing2 lain. Kalau aku sempat bawa Aneng p klinik awal2 mesti Aneng xkan menanggung kesakitan. Semua salah aku. Aku yang menyebabkan kematian Aneng. Tapi aku xsangka pula, yang dye akan tinggalkan aku selama-lamanya. Apa2 pun aku redha ngan smua ketentuan dari yang Maha Esa. Setiap yang hidup pasti akan mati. Macam tu juga aku, Aku juga akan matikan.



Aneng yang berwarna Kucing....

Mak Yang Rindukan ko Aneng :'(



Saturday, February 23, 2013

Selamat Hari Lahir Emak


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Terima kasih Allah sebab masih memberi kesempatan kami 7D untuk terus bersama ibu kami..... SELAMAT HARI LAHIR EMAK YANG KE 50!!.  Semoga diberikan kesihatan yang lebih baik, dianugerahkan usia yang berkat, dimurahkan rezeki, diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala. Semoga emak bahagia didunia dan diakhirat. Amin ya Rabbal Alamin. 


Sesungguhnya emak adalah emak yang terbaik yang dianugerahkan Allah pada kami 7D. Tiada yang cantik selain dirimu. Doamu adalah dambaan anak-anakmu. Semoga Allah membalas jasamu selama ini. Amin.. 


Maafkan kami anak-anakmu (7D) sekiranya kami ada membuat salah dan mengguris hatimu tanpa sedar mahupun tak sedar. Jasamu akan kami kenang hingga ke akhir hayat kami. Terima kasih, Terima Kasih, Terima Kasih mak atas segala pengorbananmu untuk anak-anakmu sepanjang kami menjadi anakmu...



Thursday, February 21, 2013

Serba Salah

Assalamualaikum...

Perasaan serba salah sering kali membuatkan kita sukar membuat pilihan. Pepatah Melayu ada menyebut "ditelan mati emak diluah mati bapak". Kadang-kadang apabila kita membuat keputusan dan melukakan hati orang lain membuatkan kita bertambah2 rasa bersalah. Perasaan serba salah kadang kala membuatkan kita melukakan hati sendiri semata2 untuk menjaga hati n perasaan orang lain.

Berbalik kepada entry aku ini, aku sebenarnyer serba salah dengan seseorang. Perasaan serba salah masih terasa walaupun aku rasakan benda ni dah berlalu. Aku rasa serba salah sebab aku tak mampu jaga hati dan perasaan dia. Adakah aku nie zalim?. Entahlah kadang kala, aku rasa macam aku perempuan yang paling-paling jahat kat dunia sebab aku buat dia terluka sebab aku. Jahatkan aku. Aku melukakan hati orang lain, sedangkan aku tau suatu hari nanti aku akan dapat balasan macam tu juga. Perasaan serba salah ini juga membuatlan aku terasa seperti aku berdosa pulak. 

Keputusan yang aku ambil nie bukan saja membuatkan si dia terluka tapi membuatkan orang sekeliling dye juga terluka. Perasaan ini bermain-main difikiran aku, sampaikan aku terasa seperti aku orang yg paling jahat kat dunia nie. Ya Tuhan apa yang perlu aku buat?... Perlu ker aku tarik balik keputusan yang telah aku buat nie. Dahulukan  hati dan perasaaan orang lain dan seterusnya lupakan tentang perasaan sendiri.  

Tuesday, February 19, 2013

Nikmatnya Perpisahan Insan Bercouple


"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."

"Kenapa pulak?"

"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."

Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.

~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)

"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."

Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.

" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"




(sumber : Artikel iluvislam.com)

p/s : Pesanan untuk diri sendiri, semoga aku tidak alpa mengejar cinta manusia

sehingga aku lupa mengejar Cinta Dari Yang Esa

Belum Tentu :)


Belum TENTU kekasih mu ADALAH suami/isteri mu,
Belum TENTU tunang mu ADALAH suami/isteri mu,
Belum TENTU lelaki/perempuan kau puja ADALAH suami/isteri mu,
Belum TENTU lelaki/perempuan kau benci ADALAH suami/isteri mu,
Belum Tentu lelaki/perempuan yang kau cintai ADALAH suami/isteri mu,

TIADA siapa KETAHUI siapa BAKAL suami/isterinya kerana JODOH telah menjadi RAHSIA ALLAH yang MAHA BIJAKSANA.

Dan kena ingat , Mati pun rahsia ALLAH ◕‿◕


Permata Yang Dicari


Assalamualaikum...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



Wednesday, February 13, 2013

Pesanan Untuk Si Dia...


Assalamualaikum...


Ya Allah, Ya Rabbi
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…



Tolong beritahu si dia, 
cinta agung adalah cintaNya
cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, 
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, 
aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, 
bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, 
aku milik Yang Esa…
aku masih milik keluarga…
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, 
usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, 
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…
aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, 
aku tidak mahu melekakan dia…
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…
& aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, 
aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan pesanan aku pada si dia
Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

(Kredit : Facebook)

Monday, January 7, 2013

Jodoh Itu Rahsia Allah :)


Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥

                                 

p/s  “Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)


Impian PerkahWiNanKu...

Assalamualaikum... 

Tajuk gempak kan?... 
Macam la aku nak kawin esok... Tapi xsalah sebenarnya kalau kita ada impian.. Betul x?...

Bila tengok kawan-kawan yang telah mendirikan rumah tangga, hati ini mulalah berdetik bilalah aku akan mengikut jejak diaorang... Tapi aku yakin, Insyaallah, kalau diizinkan suatu hari nanti aku pasti akan bergelar seorang isteri... Amin Dengan siapa, aku berserah aja dengan Allah.. DIA pasti ada jawapannya.

Impian perkahwinan aku sebenarnya simple jer.. Xnak lah membazir sangat.. Yelah dalam Islam pun kita xdigalakkan membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Cukuplah bersederhana n tak dibebani hutang selepas berkahwin... 

Impian aku yang sebenar-benarnya :

1) Alunan Qasidah
Majlis persandingan aku nanti, In Sya Allah aku nak dialunkan dengan Qasidah. Perkara ini pun dah dapat persetujuan dari mak aku. Aku cakap ngan mak aku yang aku xnak ada karoake dalam persandingan aku nanti. Sebab aku nak majlis persandingan aku dapat Barakah dari Allah... Amin


2) Persandingan 
Yang paling penting sekali semasa majlis persandingan nanti saya TAKMAU bersanding walaupun kedua-dua majlis perkahwinan akak aku ada bersanding. Walau bagaimanapun, aku still nak ada PELAMIN. Bukan apa, pelamin tu aku nak gunakan untuk sesi bergambar bersama family dan kawan-kawan. kalau dulu niat hati untuk bersanding memang ada, tapi perasaan segan dan malulah pulak nak duk atas pelamin sambil diperhatikan oleh orang ramai.

3) Makan beradab
Makan beradap pengantin pastinya adalah antara majlis yang ditunggu-tunggu oleh pasangan raja sehari. Meja pengantin selalunya atu tempat khas yang terdiri daripasa meja panjang yang disusun dan dialas dengan rapi serta dihias cantik. Impian aku, aku hanya nak makan bertalam di hari perkahwinan aku... Aku mendapat untuk makan bertalam  tu pun apabila aku melihat gambar pengantin makan bertalam di majlis persandingannya.

Photo: Steady je penganTin ni makan bTaLam d hari perkahwinan mrk .. ni doP sibuk nk makan beradap siap meja hias macam2 .. haha ..

* semPoooi .. i loikee ! nasi kerabu lak tuhhh .. haishh ..

3) Berarak
Jangan xtau, walaupun aku xnak majlis persandingan, tapi aku still nak berarak. Aku sebenarnya memilih untuk diarak dengan menaiki basikal. Pasangan suami mengayuh, aku duk kat belakang... nasib badanlah sapa yang dapat aku, sebab mesti badan berpeluh nak membawa muatan berat dibelakang.. heheheh... Tu adalah cara tersendiri aku untuk mengabadikan kenangan manis pada hari perkahwinan aku nanti..



Apa-apapun tu hanya impian aku sahaja. Kena juga dapat persetujuan daripada pihak lelaki juga. Walaubagaimapun aku berharap semoga impian perkahwinan aku akan menjadi kenyataan. Namun, kita hanya  merancang tetapi Allah yang menentukan.



Tuesday, January 1, 2013

AdapTasi Novel SeTia HujunG Nyawa Ke Drama



Assalamualaikum..

ADAPTASI novel ke drama atau filem bukanlah sesuatu yang baru dalam industri Malaysia. Malah kebanyakan drama atau filem yang diadaptasi sering kali mendapat tempat dan sambutan hangat di kalangan penonton. 

Terkini, drama bersiri " Setia Hujung Nyawa" yang disiarkan di TV3 pada jam 7 malam juga adalah merupakan drama yang diadaptasi daripada novel karya Fatin Nabilla. Drama ini hangat diperkatakan oleh masyarakat masa ini. Ini jelas membuktikan penonton semakin menggemari cerita daripada adaptasi novel. Namun ada juga yang berpendapat, karya novel adalah lebih baik daripada diadaptasi. Namun itu tidak menjadi masalah kerana setiap orang mempunyai pendapat tersendiri. 

Watak Drama "SETIA HUJUNG NYAWA"


Nely sebagai pelakon utama (Ersalina Imani)
                                     


Amar Asyaraf pelaon utama (Zain Hakimi)


Sinopsis Setia Hujung Nyawa


Pengantin perempuan lari?
Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. 

Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. 

Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.

Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.

Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. 

Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.

Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni.  Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina. 

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. 

Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka.  Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya. 

Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin adibah.

Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. 

Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. 

“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina

"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi

“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending! 





Pilihan Keluarga.. Sesuai atau Tidak

Assalamualaikum...

Sejak  kebelakangan ini makin banyak pula drama Melayu yang memaparkan kisah percintaan selepas kawin. Dua hati yang disatukan bukan dengan kerelaan hati terpaksa hidup sebumbung gara2 rancangan yang diatur oleh ibu bapa sendiri. Bagi mereka itulah pasangan yang sesuai untuk anak mereka, selain daripada keakraban yang terjalin antara dua keluarga. 


"Setia Hujung Nyawa" drama yang menggunakan konsep berkahwin atas pilihan keluarga. 


 Dalam dunia realiti, aku terfikir-fikir masih adakah remaja yang masih menerima pilihan hati keluarga sedangkan sudah mempunyai pilihan hati sendiri. Mungkin juga ada yang berangggapan perkahwinan yang dirancang keluarga  ketinggalan zaman memandangkan kebanyakkan remaja harini mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam memilih pasangan hidup masing-masing. Masih sesuaikah di zaman ini jodoh pilihan keluarga, sedangkan kita masih mampu mencari pilihan sendiri?.... Pilihan ada ditangan anda sendiri, sama ada sesuai ataupun tidak?... Tepuk dada tanyalah Iman anda.. hehehhe

Contoh pasangan  masa kini yang membina bahtera rumah tangga atas pilihan keluarga. 


p/s : Bagi akulah, bagus juga sebenarnya jodoh dicari oleh keluarga. Bukan apa, selalunya mata kita tak sama dengan keluarga kita. Sebab yang pastinya mak dan ayah kita pasti akan memilih yang terbaik untuk anaknya.. In Sya Allah