dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena

kLiK sEmUA kLu AnDA sEOrAnG bLoggEr

Wednesday, March 13, 2013

Selamat Hari Lahir Ayah!

Assalamualaikum..


Alhamdullilah, Terima kasih Ya Allah sebab memberi nikmat umur setahun lagi kepada ayahku. Hari ini 14 March 2013 adalah hari jadi ayah. Hari jadi ayah yang ke 52 tahun. Dah makin menganjak dah usia ayah aku. Apa2 pun, ayang doakan ayah sentiasa berada di bawah limpahan rahmatNya dan sentiasa diberikan kebahagian di dunia dan akhirat. Malah ayang doakan agar ayah diberikan kesihatan yang baik. Semoga ayah sentiasa ceria disamping kami anak-anak dan isterimu.

Ayah, terima kasih atas segala-gala yang telah ayah curahkan kepada kami sekeluarga. Susah payah ayah membesarkan kami 7 adik beradik. Ayah bagaikan kawan sejati kepada kami 7D dan sanggup mendengar segala keluh kesah anak-anakmu. Jasamu kepada kami tiada tolak tandingannya. Tiada apa yang kami harapkan selain daripada ayah berbahagia sentiasa bersama emak tersayang. 

Ayah…
Terima kasih ayah…
Terima kasih kerana sayang pada anak mu ini,
Terima kasih kerana telah menjaga anak mu ini,
Terima kasih kerana tabah menahan karenah anak mu ini,
Terima kasih kerana memenuhi segala permintaan anak mu ini,
Walaupun di saat itu,
Ayah terpaksa mencari duit untuk memenuhi permintaan anak mu ini…


Ayah…
Kasih sayang mu tidak terkira,
Terlalu banyak pengorbanan untuk diri ini,
Terlalu banyak masa telah ayah beri untuk diri ini,
Terlalu banyak perhatian telah ayah beri,
Terlalu banyak ilmu dan pengajaran ayah beri…
Terima kasih ayah,
Terima kasih untuk semua tu…
Anak mu ini berjanji..
Suatu hari nanti…
Anak mu ini akan membalas balik jasa dan pengorbanan ayah..
Anak mu ini akan membawa  kejayaan untuk mu ayah,
Anak mu ini akan memberi kebanggaan untuk mu ayah…
Anak mu ini akan sentiasa ingat nama mu ayah..
Anak mu ini akan sentiasa ingat wajah mu ayah…
Terima kasih lagi sekali ayah…
Hanya terima kasih dan kejayaan saja yang anak mu ini mampu beri……….
Terima kasih ayah… 



Kami anak-anakmu (7D) sayang ayah sangat-sangat....

Friday, March 1, 2013

Akhirnya Aneng Tinggalkan Aku

Assalamualaikum.....

Hari ini 1 March 2013 tarikh yang tak akan aku lupakan dalam ingatan. Akhirnya kucing yang comel, penyejuk mata kami sekeluarga meninggalkan aku selamanya. Kucing yang mati ini bernama si kuning tapi panggilan manjanya si Aneng. Kucing aku mati sebab dye xlepas nak beranak. Dah 4 hari kucing aku sakit, tapi disebabkan kesibukan aku meyebabkan aku xsempat nak bagi si Aneng ke klinik. Perasaan serba salah n menyesal terbit kat dalam diri aku. Kalau aku bawa dye p klinik awal2 smua nie xkan terjadi kan. Aku baru sempat bawa Aneng ke klinik pagi semalam, Tapi tu pun doktor xoperate Si Aneng, hanya just bagi ubat jer.. Aku baru rancang nak bawa si Aneng p klinik swasta tapi apakan daya niat aku xsempat untuk ditunaikan. Aku bukan nak salahkan takdir atas kematian Aneng, cuma aku rasakan aku penyebab kepada kematian Aneng..

Terbayang-bayang air mata Aneng saat aku urut perut dye. Serius, sayu hati aku melihat air mata dye kuar. Dari awal smua punca dari aku. Klu aku xlanggar dye masa kecik, peranakan Aneng xkan kan rosak. N Aneng mesti boleh beranak macam kucing2 lain. Kalau aku sempat bawa Aneng p klinik awal2 mesti Aneng xkan menanggung kesakitan. Semua salah aku. Aku yang menyebabkan kematian Aneng. Tapi aku xsangka pula, yang dye akan tinggalkan aku selama-lamanya. Apa2 pun aku redha ngan smua ketentuan dari yang Maha Esa. Setiap yang hidup pasti akan mati. Macam tu juga aku, Aku juga akan matikan.



Aneng yang berwarna Kucing....

Mak Yang Rindukan ko Aneng :'(



Saturday, February 23, 2013

Selamat Hari Lahir Emak


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Terima kasih Allah sebab masih memberi kesempatan kami 7D untuk terus bersama ibu kami..... SELAMAT HARI LAHIR EMAK YANG KE 50!!.  Semoga diberikan kesihatan yang lebih baik, dianugerahkan usia yang berkat, dimurahkan rezeki, diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala. Semoga emak bahagia didunia dan diakhirat. Amin ya Rabbal Alamin. 


Sesungguhnya emak adalah emak yang terbaik yang dianugerahkan Allah pada kami 7D. Tiada yang cantik selain dirimu. Doamu adalah dambaan anak-anakmu. Semoga Allah membalas jasamu selama ini. Amin.. 


Maafkan kami anak-anakmu (7D) sekiranya kami ada membuat salah dan mengguris hatimu tanpa sedar mahupun tak sedar. Jasamu akan kami kenang hingga ke akhir hayat kami. Terima kasih, Terima Kasih, Terima Kasih mak atas segala pengorbananmu untuk anak-anakmu sepanjang kami menjadi anakmu...



Thursday, February 21, 2013

Serba Salah

Assalamualaikum...

Perasaan serba salah sering kali membuatkan kita sukar membuat pilihan. Pepatah Melayu ada menyebut "ditelan mati emak diluah mati bapak". Kadang-kadang apabila kita membuat keputusan dan melukakan hati orang lain membuatkan kita bertambah2 rasa bersalah. Perasaan serba salah kadang kala membuatkan kita melukakan hati sendiri semata2 untuk menjaga hati n perasaan orang lain.

Berbalik kepada entry aku ini, aku sebenarnyer serba salah dengan seseorang. Perasaan serba salah masih terasa walaupun aku rasakan benda ni dah berlalu. Aku rasa serba salah sebab aku tak mampu jaga hati dan perasaan dia. Adakah aku nie zalim?. Entahlah kadang kala, aku rasa macam aku perempuan yang paling-paling jahat kat dunia sebab aku buat dia terluka sebab aku. Jahatkan aku. Aku melukakan hati orang lain, sedangkan aku tau suatu hari nanti aku akan dapat balasan macam tu juga. Perasaan serba salah ini juga membuatlan aku terasa seperti aku berdosa pulak. 

Keputusan yang aku ambil nie bukan saja membuatkan si dia terluka tapi membuatkan orang sekeliling dye juga terluka. Perasaan ini bermain-main difikiran aku, sampaikan aku terasa seperti aku orang yg paling jahat kat dunia nie. Ya Tuhan apa yang perlu aku buat?... Perlu ker aku tarik balik keputusan yang telah aku buat nie. Dahulukan  hati dan perasaaan orang lain dan seterusnya lupakan tentang perasaan sendiri.  

Tuesday, February 19, 2013

Nikmatnya Perpisahan Insan Bercouple


"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."

"Kenapa pulak?"

"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."

Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.

~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)

"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."

Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.

" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"




(sumber : Artikel iluvislam.com)

p/s : Pesanan untuk diri sendiri, semoga aku tidak alpa mengejar cinta manusia

sehingga aku lupa mengejar Cinta Dari Yang Esa