Wahai... Pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Kupasrahkan semua padaMu Tuhan... Baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini kuharapkan cintaMu Reff. : Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi.... Muhasabah cintaku... Tuhan... Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu
Disebalik kebahagiaan yang kita impikan, kesedihan ibu dan ayah pasti akan terserlah. Apatahlagi sewaktu penyerahan amanah kepada seorang lelaki yang akan bergelar suami kepada puterinya... Puteri yang dahulunya dijaga dan dicurahkan dengan penuh kasih dan sayang...
Kebahagiaan, keperluan dan bimbingan agama yang dahulunya diberi oleh ibu dan ayah setelah tiba saatnya lafaz sakinah ini, sudah menjadi tanggungjawab seoarang suami/ Suka duka seorang wanita akan diongsi dengan seorang lelaki yang belum dikenali sepenuhnya kepada insan bergelar suami. Doaku " Semoga aku menemui seorang lelaki yang soleh yang dapat membimbingku ke Jalan yang diredhai Allah dan dapat membimbingku menjadi wanita yang solehah.. Amin
Macam Mana?. Gedix kan?.. Budak kecik pun pandai buat aksi gedix tau.. Jangan ingt belia remaja macam kita jer pandai buat aksi gedix. Kalau korang nak tau, foto ini adalah foto anak buah aku sendiri, bukan ambik dari Internet. Nama anak buah aku ni, Nur Raihah baru berusia 1 bulan lebih. Dye nie pantang kalau orang ambik gambar, mulalah buat aksi gedix-gedix macam tu.... (Bak kata sepupu aku, "Biar gedix masa kecik, jangan gedix masa besar).
Ya Allah, sungguh sayu hati ini bila dengar dan menghayati lagu Munajat dari Rabbani. Lirik lagu munajat ni penuh makna yang tersirat dan mampu membuatkan aku menitikkan air mata apatahlagi mendengar suara Arwah ustaz Azri mengalunkan lagu ini. Ya Allah, semoga Engkau bisikkan keinsafan kepada hambaMu Ini... Insyaallah (^-^)
dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu
Assalamualaikum dan salam sejahtera Iena ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Di kesempatan ini, Iena nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam di Malaysia mahupun di luar Malaysia yang akan menyambutnya pada hari esok iaitu 26 Oktober 2012 (Jumaat). Iena harapkan kepada semua yang ingin pulang ke kampung, "berhati-hati dijalan raya". "pandu cermat jiwa selamat" dan "Ingatlah orang Yang tersayang".
Bagi mereka yang sedang melaksanakan Ibadah haji pula, Iena doakan semoga para jemaah haji dapat mengerjakan Ibadah Haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur, haji yang diterima Allah S.W.T dan semoga segala amal yang dilakukan diberkati oleh Allah. Iena juga mendoakan para jemaah Haji akan pulang ke kampung dengan keadaan yang selamat dan sihat walafiat. Insyaallah Hendak-Nya...
p/s Selamat Hari Raya Aidiladha & Semoga Iena dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci-Mu.. Amin Ya Rabbal Alamin