dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena

kLiK sEmUA kLu AnDA sEOrAnG bLoggEr

Thursday, March 31, 2011

Say No To "aPrIl PooL"

          Assalamualaikum kawan2 blogger sekalian…. Seperti yang korang tahu kan hari ini hari  apa.. “April Pool”.. Dalam kepala korang mesti tengah planning nak kenakan siapa kan ???.  Mungkin ada yang nak mengenakan pakwe, makwe, kawan lelaki, kawan sekerja atau saper2 lah..

                       Tapi aku rasa tak perlulah korang nak sambut April Pool ni.. Apatahlagi hari kan hari Jumaat yang mulia. Pada sesiapa yang terasa nak menyambutnya fikir-fikirkanlah bahawa korang mungkin akan menyakitkan hati pihak yang terkena. Apatahlagi korang mengenakan dia ngan cara yang melampau. Mungkin orang yang sambut April Pool ni xtau sejarah “April Pool” atau yang dah tau buat2 xtau.. Jom kit baca Sejarah “April Pool”

Sejarah April Pool..
April Pool mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri
p/s Tepuk dada tanya iman...
Myspace Text - http://www.sparklee.com




Share

Tuesday, March 29, 2011

FoLLOWeR ke 100

Assalamualaikum… Hari ini terasa sungguh bertuah  dan sangat excited kerana follower saya sudah genap 100 orang :}. Alhamdulillah syukur. Walaupun follower aku baru cecah 100 sedangkan orang lain lagi banyak.. malah ada yang beribu-ribu dah.. Tapi xkisah janji ada.. Hhahah.. Aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang telah sudah follow blog aku ni dan yang telah banyak memberikan sokongan.


Orang yang telah bertuah yang telah menjadi follower YANG KE 100 IALAH jeng jeng Jeng…  Jom kita sama-sama terjah blog dia.. Nama Follewer yg ke 100 ni ialahhh Nelly... Blog dia cantik tau korang ... 
Terima kasih Yer NeLLy....




Share

Monday, March 28, 2011

dI sebALIk tAKdIr ujIAn mAnuSiA



Assalamualaikum semua. Kadang-kadang dalam kita melangkah, kita diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa kadangkala membuatkan kita hilang semangat. Kita juga sering tertanya-tanya Kenapa kita diuji dengan sedemikian rupa. Kita sering menyalahkan takdir dan memarahi Tuhan akan ketentuan yang telah diciptanya. Manusia lupa segala ujian yang diberikan sudah tertulis di dalam Al-Quran.. Jom sama-sama kita baca pertanyaan di antara manusia dan al-Quran.  


Manusia bertanya : Kenapa aku diuji ?


Qur’an menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka belum diuji? (Al-Ankabuut : 2).

Manusia bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?

Qur’an menjawab : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (sedang kamu tidak mengetahui.pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,)  (Al-Baqarah : 216)

Manusia bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286)

Manusia bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an menjawab : ..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (Al-Baqarah : 45)

Manusia bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an menjawab : ..Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.. (At-Taubah : 129)

Manusia bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?

Qur’an menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.. (At-Taubah : 111)


Myspace Text - http://www.sparklee.com




Share

YoU ARE MY LuCKY FOLLoWeR

Assalamualaikum semua. Jawab jangan xjawab.. Klu xjawab berdosa tau.. Aku tadi baru aje pergi blogwalking kat blog Nanashahir terbaca entry pasal You are my lucky follower.. Jadi aku pun teringin la nak join this contest. 


Syarat-syarat nak join contest ni xla susah sangat pun.. Meh kita klik banner tuk tau syarat-syaratnya..


Aku nak TAG
Izzah
Qra
Cimang
Fahrain 
Jejaka Terhangat

TerjahLah sini sebeLum 5 April 2011..

Myspace Text - http://www.sparklee.com




Share

Saturday, March 26, 2011

aRtIs KITa maKIn BeraNi


Assalamualaikum semua.... Hari ini aku nak post entry pasal artis kita yang dah makin maju. Maju dengan cara pemakaiannya mengalahkan artis Hollywood. Kalau artis Hollywood maybe boleh diterima akal coz diaorang Islam Kafir. Diaorang nak pakai seksi ker xpakai baju ker tu hal diaorang. Tapi yang menyedihkan artis kita dah berani memakai pakaian yang amat-amatlah dasyat.. Klu laki tengok confem cair ngan pakaian diaorang ni.. Yang paling menyedihkan artis kita ni sama-sama Melayu dengan kita, seagama lak tu iaitu Islam. 

Aku nak cerita pasal seoarang artis ni ha... Masya Allah pakaianya, baik xpayah pakai baju kan.. Nama artis ni Miera Liyana.. Nak kata femes tak la femes tapi pelakon la gak.. Tapi bajunya Ya Allah giler seksi, selak sikit dah nampak ngan jelas. Aku yang perempuan ni tengok pun malu ni kan lelaki.. 


Apa komen anda bila tengok gambar ni?.. Bangga, suka, kecewa, Malu.. Tepuk dada tanya lah iman korang. Perlukah artis macam ni dibiarkan mewarnai dunia hiburan kita. Seharusnya pihak kerajaan serta masyarakat gam artis-artis yang memakai pakaian yang menjolok mata ni coz  bagi memelihara agama serta bangsa kita..

P/s Renung-renungkan dan selamat Beramal






Share

Friday, March 25, 2011

LeLaKI BerKaCa MaTa


Assalamualaikum smua. Selamat malam. Tiba-tiba malam ni aku nak post entry pasal lelaki berkaca mata ni... Aku ni sekarang meminati lelaki yang berkaca mata.. Al-maklum aku ni pun seorang yang berkaca mata. Aku ni memang suka giler la melihat laki yang berkaca mata. Lelaki yang berkaca mata menurut pandangan aku lah tersangatlah hansome+macho+cool+etc.. Nak dijadikan citer memang taste akulah. Orang laki yang xsmart klu berkaca mata mesti akan nampak smart lah. Klu xpercaya kaum2 Adam boleh la try.. 
KCaK Kan LaKi Yg BErKaCa Mata.. Ni Lah TasTe aku..


Share

Thursday, March 24, 2011

TiPS SaYaNgi diRi SeNdIRI


Dah lama aku tak post entry terbaru kat aku punya wall ni.. Dah berabok aku nyer blog ni.. Hari ini aku nak post entry berkaitan dengan Mencintai Diri Sendiri... Aku nak tanya korang sudahkah korang mencintai diri sendiri sebelum korang mencintai diri orang lain. Sebenarnya mencintai diri sendiri sama pentingnya dengan mencintai orang lain.. Jom kita sama-sama selongkar tips-tips bagaimana nak mencintai diri 
sendiri :
Love Me Like I Love You

 Pernyataan positif untuk diri sendiri
Katakan pada diri sendiri tentang sesuatu yang positif berulang kali setiap hari contohnya "aku seeorang anak yang baik" untuk meningkatkan rasa percaya diri sendiri. Jangan sering mengucapkan sesuatu yang negatif pada diri. Semakin banyak pernyataan positif yang kamu ucapkan pada diri sendiri, makin mudah kamu mencintai diri sendiri.. 

Luangkan waktu untuk diri sendiri 

Kadang, kita terlalu sibuk mengurusi orang lain sehingga tak punya waktu untuk diri sendiri. Setkan pada diri, betapa pentingnya memiki waktu untuk diri sendiri dengan melakukan hal-hal yang kamu sukai. Gunakan waktu luang dengan membaca buku, olahraga, atau berjalan-jalan. Semua kegiatan favourit kamu akan membuat kamu semakin menghargai diri kamu sendiri.


 Ambil berat tentang kesihatan
Pelajarilah tentang pemakanan. Apa jenis bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh untuk mendapat tenaga dan daya hidup secara optimum? Pelajarilah mengenai senaman. Apa jenis senaman yang kamu rasa seronok untuk melakukannya? Pelihara dan sayangi tempat tinggal kamu.


 Pujilah diri kamu

Kritikan akan menjatuhkan kekuatan rohani. Sebaliknya pujian membangunkannya semula.Pujilah diri sebanyak mana yang kamu mahu. Katakan pada diri, kamu telah lakukan yang terbaik, walaupun perkara itu kecil sahaja. Setiap kali kamu memuji diri sendiri tentu kamu akan terasa bangga. Ini kerana kamu mulai sedar bahawa kamu juga mempunyai kelebihan

Cermin diri
Pandanglah ke dalam mata kamu.Luahkan seluruh rasa cinta yang kamu miliki pada diri sendiri. Berdiri di hadapan cermin dan bercakap pada diri sendiri. Begitu juga dengan ibu bapa kamu. Sekurang-kurangnya sekali sehari ucapkan. “Saya sayangkan kamu. Saya benar-benar menyayangimu.”


Share

Sunday, March 13, 2011

SeLaMaT HarI Jadi EnCiK DaUd

Selamat Hari Jadi buat ayahandaku yang tercinta... Dah masuk 50tahun dah usia ayah.Hari ini adalah hari lahir insan yang amat bermakna dalam hidupku. Terlalu pengorbanan yang kau lakukan untuk kami sekeluarga. Ayang nak nyanyikan lagu Selamat Hari Lahir...Jom kita nyanyi sama-sama

Allah selamatkan kamu.. 
Allah selamatkan kamu.. 
Allah selamatkan ayahku sayang (Daud). 
Allah selamatkan kamu...
Semoga ayah diberkati dan dilindungi ALLah
My hErO (HaPPY BeZDaY)
Ya Allah… Hindarkan ayahku daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahun² yang akan datang ini. Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.

Ya Allah, panjangkan umurnya dalam keimanan, sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan akal juga berikan dia kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.
Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahannya, dan terimalah segala kebaikannya dan Rahmatilah kehidupannya dunia dan akhirat.



Share

Tuesday, March 1, 2011

anDaI LeLaKI TaHU

Andainya lelaki Tahu Dalam Hati Wanita,
Ada Naluri untuk diSayangi,
Ada Rasa Untuk Diberikan Perhatian,
Ada Rasa Untuk Didengari Keluh Resahnya..
ADa Waktu-waktu Minta Ditemani...

Andainya LelaKi Tahu....
RaJuk Seorang Wanita Adalah Untuk Dipujuk
Marah Seorang Wanita Perlu Didekati
Sedih Seorang Wanita Harus Didengari,
Gembira Seorang Wanita Untuk Dikongsi..


Andainya Lelaki Tahu,
Sebaliknya Seribu Satu Rasa Itu, 
Ada Sekeping Hati Yang Lembut,
Bukan Untuk DiManja Mahupun Ditatang Bagai Minyak Yang Penuh,
Hanya Perlu Sedikit Perhatian...
Agar Rasa Kasih Itu Wujud,

Cintailah Seseorang itu Atas Dasar sIapa Dirinya Sekarang,
BUkan Atas Dasar Siapa Dirinya Sebelumnya,
Cintailah Seseorang itu Berdasarkan Hatinya,
Bukan Paras Rupa Semata-mata...



Myspace Text - http://www.sparklee.com



Share