dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena dariena

kLiK sEmUA kLu AnDA sEOrAnG bLoggEr

Monday, February 28, 2011

AwaN NaNO

Suka layan lagu Hafiz yang terBaru ni.... Terkesan sangat kat hati ni..Teringat semua orang yang disayang.. Video Klip Awan Nano daripada Hafiz begitu meninggalkan kesan yang amat dalam dalam hatiku... Jom kita layan n hayati lagu ni

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu





Myspace Text - http://www.sparklee.com



Share

Friday, February 25, 2011

JoM JoIN FacebLOg

JoM raMai-RaMai KIta SerTaI faCEBLOg...


Thursday, February 24, 2011

dArI SinGLe Ke MaRRiEd

Wah gempak xtajuk aku.. hehehe.... Pagi tadi aku menerima kad undangan perkahwinan kawan baik aku(BFF).  Oh! Sudah mahu kawin rupanya kawan aku ni... Tahniah la aku ucapkan Yer, kau kawin dulu daripada aku! X aci sungguh..  Pas ni tukar status la yer dari single ker kawin (bini orang).. hehehhe  Kawan BFF aku ni bakal naik pelamin pada 12 Mac ni... Alhamdulillah jodoh dia sampai awal dari aku.. KaWAN Aku ni merupakan salah seorang dari sembilan kawan aku semasa aku belajar kat UUM dulu... Nama dia MaKcIk Zuzanah... heHehe... Dia orang Melaka beb sama ngan aku.. hahaah
Bagai PinaNg DiBeLah Dua BaKal PeNganTin KiTa Ni.. (hehehe)...

aPamacam Cun xkawan aku ni.. disebabkan dia cun la, dia kawin dulu.... Pasangan dia juga leh tahan hansome.. Diaorang leh dikatakan pasangan bagai pinang dibelah dua la... Nak tau x nama bakal suami dia.. Nama bakal suami dia ni Ahmad Firdaus (Daus)... Nama pun dah padan Kan (Daus LuV Zana)..


Animasi Gambar BaKal Pengantin
Apa pun, selamat pengantin baru, ZuZanah. Alhamdulillah, akhirnya bakal bergelar isteri juga kau!

















Myspace Text - http://www.sparklee.com



Share

Wednesday, February 23, 2011

KiuT MiUt HeLiZa DeNgaN ViDeO KLIp "CuMa aKu"

Best giler aku negok video klip Heliza yang baru "CuMa aKu".... CiuT MiUt gaya dia masa nyanyi lagu ni.. Untuk pengetahuan korang, setiap hari aku negok video klip ni n sampaikan lagu dia ni aku hafal lah... heheheh Muka Heliza dalam video klip ni tersangatla comel muka dia..tambah2 best apatahlagi ngan matanya yang buntang.. Jom kita layan lagu ni


Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Share



SeLaMaT harI JaDi Puan Mariah

Selamat pagi semua.... Hari ini hari jadi emak saya yang ke 48tahun... Selamat Hari Jadi Emak, Kaulah Ratu Hatiku dan wanita terbaik yang Tuhan anugerahkan kepada diriku ini.... Tidak akan ada pengganti selain dirimu hingga aku xdapat gambarkan dengan perkataan. Selamat Hari Jadi sekali lagi ku ucapkan dan kuberdoa semua Tuhan panjangkan unsiamu dengan kesihatan yang baik dan berbahagia dengan kita sekeluarga. 


Aku nak nanyikan satu rangkap lagu untuk Emak aku...

Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu,....
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan emak aku (Mariah)
Allah selamatkan kamu..
Semoga emak diberkati dan dilindungi oleh Allah

My LoVe...

Ya ALLah aKu BerMoHoN KepaDaMu
AGar MeMbERikaN KesIhaTan Dan PanJanGkaNLah UmURnYa
SerTa MuRaHkaNLaH ReZEKi KamI SeKElUarGa DaN berIkaNLaH SYURGAMU
UnTukNYa Ya ALLaH aTaS PeNgoRBaNNya SerTa KeIkHlaSanNYa  SeLaMa Ni MenJaGa KamI 7 AdIk BeRadIk 


AKu SaYaNg DIa Ya ALLaH,
SaYanGiLaH DIa DeNGaN KasIH SaYanGMu
BUatLaH DIa TerSEnYUm Dan BerBahagIa BerSaMa KamI SeKeLUarGa



Myspace Text - http://www.sparklee.com



Share


Monday, February 21, 2011

MeNGeTaHuI JeNiS-JeNis LeLaKi

Ada di kalangan kalian (perempuan) yang teringin nak tau jenis apakah kekasih anda.... MgKin sukar Anda menyelami hati dan perasaannYa... By tHe Way bUkaN hanYa PerempUan Saja YanG Nak Tau taPI kaUm AdaM Pun NaK taU Gak Kan.... JoM KIta SeLIdIki jENis-JeNis LaKi INi.....

LELAKI MANJA
-Jangan terkejut kalau ada lelaki yang suka teddy bear. Terutamanya yang manja dan berjiwa sensitif. Bagi mereka memeluk teddy bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan seperti memeluk si buah hati. Paling kurang pun patung tweetie.
-Ada juga yang gemarkan barangan seperti gemarkan pakaian (seluar, t-shirt dan lain-lain)
-Kadang-kadang, lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu romantik contohnya nyanyian dari Celine Dion (Because You Loved Me)
-Perfume juga antara berangan yang paling disukai oleh lelaki jenis manja. Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan.
-Kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgia walaupun tanpa diiringi oleh hadiah yang berharga. Itu sudah cukup memadai asalkan pemberian itu benar-benar ikhlas.

LELAKI MACHO
-Lelaki macho pula sukakan pemberian yang berunsurkan kejantanan seperti jaket kulit, tempat abu rokok, tali pinggan kulit, memetik api, helmet, beg sandang dan lain-lain.
-Bagi lelaki yang suka menunggang motosikal berkuasa tinggi, hadiahkan mereka helmet berjenama Harley Davidson tentu mereka suka.
-Ataupun hadiahkannya pemetik api yang berjenama.
-Bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya telefon bimbit selepas itu suruh mereka telefok kamu setiap malam atau….morning call!
-Sesakali carikannya model kapal terbang atau jet pejuang jenis B2 S117 Stealth fighter, S118 Hirnet, S14 Tomcat, helikppter longbow Apache dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan kaca mata hitam? Tentu anda akan nampak lebih macho dengan cermin mata jenama Ray Ban…itupun jika mampu.

LELAKI BERJIWA SENI
-Mereka ini lebih sesuai jika diberi kotak muzik yang mempunyai instrumental yang lembut.
-Kaset atau CD yang mengandungi aluan irama yang lembut dan menhasyikkan. Terutamanya macam lagu cinta ataupun hanya muzik ombak sahaja.
-Lagu-lagu yang diilhamkan oleh pemuzik Jepun Kitaro juga mampu membuatklan sidia terasa tenang dan ingat pada kamu.
-Rasanya….hadiah berupa sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah cukup memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.
-Tunjukkan lagu dan ucapan melalui rangkaian radio. Ini membuatkan jiwa lelaki ini semakin romantis.
-Lelaki yang berjiwa seni ini ada kalanya begitu sensitif dengan apa yang diluahkan, jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I LOVE YOU sebagai hadiah iringan dihari-hari tertentu.

LELAKI AKTIF
-Lelaki seperti ini lebih gemar brang-barang seperti dompet, tali pinggang, kasut sukan dan barangan sukan.
-Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
-Jam tangan berjenama juga pemeberian yang sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Waktu itu semas! Sekurang-kurangnya akan melihat jam itu setiap kali ada temu janji.
-Pil vitamin sesuai untuk menambahkan stamina badan.
-Seluar sukan berjenama terkenal huga antara barangan yang mereka suka.
-walkman juga antara hadiah sesuai untuk mereka jenis ini.

LELAKI SENSITIF
Opss!! Susah juga lelaki yang berjiwa sensitif begitu halus perasaannya. Baginya setiap pemberian yang diberikan itu mempunyai maksud yang tersirat.

-Hadiahkan lelaki sebuah diari. Lelaki biasanya suka menulis dan akan meluahkan perasaannya iyu didalam diari tersebut.
-Lelaki jenis ini lebih kurang sama dengan lelaki jenis berjiwa seni dan manja. Pemberikan berupa CD dan kad ucapan juga adalah antara pemberian ung sesuai.
-Berikan mereka madah-madah cinta untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan..Isya-Allah boleh berkekalan ke anak cucu.
-Bagilah buku..supaya mereka boleh mengisi masa lapangya dengan membaca.

apaMacam, koRang Dah Tau Kan KarekTar Laki berkenaaN... Jadi SeNanG La KOranG taU haDiah aPa YanG SeWaJarNYa KOranG Bagi kaT paSanGaN KoRaNg...
Myspace Text - http://www.sparklee.com



Share


Rahsia Tarikh Lahir Anda dan Pasangan


Salam semua... Jom sama-sama kita selongkar karektar anda dan pasangan anda berdasarkan tarikh lahir... 





Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.



Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

 Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.


 Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.



Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

 Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.



 Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.





Myspace Text - http://www.sparklee.com



Share


Saturday, February 19, 2011

TiPs PerLU DiLaKUKaN aPabIla PuTus CiNTa

Apabila putus cinta, sebahagian besar tindakan dan pilihan anda dikuasai oleh emosi. Apabila emosi mengawal diri anda maka, anda sukar untuk berfikir secara rasional. Anda akan mudah memberontak daripada tenang. Anda akan menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Anda tidak ada nafsu untuk makan dan akhirnya tidak menghiraukan kesihatan anda. Apa yang lebih merbahaya adalah, berkemungkinan anda sanggup mati daripada terus hidup!

Sabar! Tenangkan diri anda… Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah “Normal”. Adalah normal jika anda sedang besedih dan kecewa sekarang. Anggap bahawa anda sedang menjalani satu ujian daripada tuhan. Ujian di mana akan memberi anda hikmah jika anda berjaya mengharunginya.

Saya akan sampaikan kepada anda “5 Pekara yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta”. Setiap 5 perkara ini akan membantu anda untuk lebih berasa tenang dan apa yang lebih penting, akan memberi anda harapan untuk terus hidup.

1.Jangan Hubungi Pasangan Anda!


Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.

2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.


Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!

Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.

4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan

Amaran! Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan


Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.





Myspace Text - http://www.sparklee.com

Monday, February 14, 2011

Saat Nabi Muhammad S.A.W Hampir Wafat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saat Nabi Muhammad S.A.W Hampir Wafat | iluvislam.com + discover the beauty of islam
aSSalamuaLaIKum... SaLaM maULIdUr RaSUL aKU UCapKaN Kat KoRang.. MaRILaH KIta SaMa-SaMa BerSeLaWaT KE aTas NaBI MUHaMMaD Dan KeLUaRGa... aKU NaK KoNGsI SaTU aRTIkEl YaNG aKu aMBIL DarI I LUV iSLaM UnTuK BerKONGSI MaKlUmaT NGaN kORaNG...

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:


"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.


"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.


Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.


Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.


"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.


"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"


"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.


"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.


"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"


Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?


Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW



Friday, February 11, 2011

CinTa MeNgIkUT BULaN KELahIRaN AnDa

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
---------------------------------------- --------------------------
Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
---------------------------------------- ------------
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
---------------------------------------- -------------
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
---------------------------------------- ------------------
Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
---------------------------------------- ------
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
---------------------------------------- ----
Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
---------------------------------------- ---------
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
---------------------------------------- ----------
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
---------------------------------------- --------------
Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
---------------------------------------- ------
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
---------------------------------------- ------
Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan